Kolej Shahputra merupakan satu-satunya Kolej yang menawarkan program Rekaan Fesyen di kawasan Pantai Timur. Program Rekaan Fesyen di Kolej Shahputra telah ditubuhkan sejak tahun 2005 melalui program kerjasama UiTM-Kolej Shahputra dan bukan sahaja untuk mencungkil bakat semula jadi dalam seni malahan berfungsi untuk melahirkan para pereka yang berketrampilan dan mampu mengetengahkan keagungan seni melayu atau budaya-budaya unik warga Malaysia ke peringkat dunia dengan kelebihan artistik yang di miliki. Sekaligus, pelajar boleh berdiri setaraf dengan pereka-pereka tempatan yang lain serta menjadi pelapis dan mampu menjana ekonomi secara professional. Kursus Seni Reka Fesyen ini menawarkan program sepenuh masa selama 3 tahun yang merangkumi 6 semester.
Apa yang istimewanya, Kolej Shahputra yang mewakili para pensyarah fesyen sendiri sentiasa membuat pembaharuan dalam membuat penyelidikan berdasarkan budaya-budaya dan khazanah lama. Ini dapat dibuktikan iaitu penggabungan ‘Kain Tenun Pahang’ yang mana telah di aplikasikan ke atas rekaan pelajar semester akhir lepas yang telah mengangkat nilai kain tenunan itu sendiri selain tenun songket itu, wujud dimata masyarakat yang mana sebelum ini tidak begitu mengetahui kewujudan kain Tenunan Pahang tersebut. Selain itu juga, para pelajar akan berpeluang merasai bagaimana menenun kain tersebut melalui lawatan ke tempat tersebut yang pihak kami selalu kunjungi bagi mengikuti perkembangannya.
Syarat-syarat kemasukan terbaru yang telah di tetapkan mengikut piawaian pihak UiTM adalah pemohon mestilah tamat SPM atau SPM(v) dengan sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Seni atau Rekaan atau Lukisan Kejuruteraan atau Fizik atau Biologi atau Kimia atau Sains atau Sains Tambahan,termasuk 2 subjek lain dan lulus Matematik atau Matematik Tambahan serta tidak rabun warna. Selain itu pemohon dari Pra Diploma Sains atau Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM juga dialu-alukan serta pemohon dari Politeknik atau IKM dalam bidang yang berkaitan juga di galakkan. Selain itu, pemohon juga haruslah lulus ujian melukis dan rabun warna semasa temuduga. Apa yang menariknya para pemegang Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen Kolej Shahputra UiTM yang akan bergraduasi bakal menerima melangsungkan istiadat konvokesyen bersama-sama dengan pelajar UiTM yang lain di UiTM Shah Alam.
Sesuai dengan matlamat utama iaitu penjanaan kreativi bagi menjana sumber kreatif manusia dan mengkomersialkannya bagi memenuhi keperluan industri masa kini yang kian meluas, kolej Shahputra mengambil inisiatif menubuhkan kursus ini menerusi usahasama dengan UiTM yang mana di bawah pemerhatian sepenuhnya dari pihak UiTM. Pelajar bakal didedahkan dengan segala bahan rujukan serta rekaan yang terkini yang akan berguna di masa hadapan. Inti yang terkandung dalam kursus yang di tawarkan adalah seperti Seni Sulaman Manik dan Benang, Ilustrasi Fesyen, Pembuatan Pakaian, Pembuatan Pola Pakaian, Computer-aided Design, Sejarah Seni dan Pakaian, Pengurusan Produksi, Pengurusan Bisnes Fesyen dan banyak lagi. Pastinya ia amat menarik untuk di selami.
Buat pemulaan pelajar akan didedahkan dengan proses asas iaitu bermula dengan kajian dan analisa, pengenalan kepada bahan-bahan, praktikal yang lebih kepada kemahiran dalam lukisan, komunikasi dan juga kajian tekstil iaitu pada pada tahun pertama. Manakala, bagi tahun berikutnya pelajar sudah mula diperkenalkan dengan bahan-bahan sebenar dan mengendalikan bahan itu sendiri yang merupakan pendedahan kepada dunia sebenar industri mengikut projek yang telah di berikan. Ia juga melibatkan produksi dalam pengurusan yang mana merangkumi kemahiran rekaan, menjahit, pembuatan dan eksplorasi pola dan akhirnya illustrasi dalam fesyen. Bagi membangkitkan minat yang mendalam dalam bidang ini, lawatan diadakan ke kilang-kilang pakaian, pusat batik, musium, pusat kraftangan, stesen televisyen dan yang berkaitan juga bagi membantu pelajar menambah ilmu bukan sahaja dalam Industri Fesyen malahan mendorong mereka menjadi usahawan yang boleh berdikari di mana mampu mencipta keunggulan ke peringkat dunia dan berguna kepada agama, nusa dan bangsa. Tahun terakhir dimana pelajar akan berpeluang untuk bergerak atas kreativiti sendiri dan menyelesaikan tugasan atau projek yang di berikan. Di akhir semester juga, pelajar akan di raikan dengan mengadakan pertunjukan fesyen menghimpunkaan hasil kreativiti pelajar itu sendiri dan sekaligus bertindak dalam pendedahan kepada dunia fesyen yang bakal mereka tempuh kelak.
Setelah bergraduasi, pelajar boleh melebarkan sayap dengan menimba pengalaman di dalam industri fesyen melalui prospek seperti Fashion Designer, Pattern Drafters, Fashion Illustrators, Promotion Officers, Retail Display Artist, Costumes Designer, Fashion Merchandiser, Quality Controllers, Marketing Consultant, Image Consultant, Sales Executives, Fashion Coordinator, Fashion Creatures, Fashion Buyer, Fashion Stylist, Fashion Editor dan banyak lagi.
Kebanyakan pelajar yang telah bergraduasi bekerja dalam industri sama ada di butik terkenal, syarikat jenama pakaian terkenal, memiliki bisnes sendiri, stesen penyiaran dan tidak kurang juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah sama ada di dalam mahupun luar negara. Terbukti kursus Seni Reka Fesyen di Kolej Shahputra mampu melahirkan pereka berkualiti serta insan yang berguna dari semua aspek dan mampu menghadapi masa hadapan dengan lebih berkeyakinan.
laaa...
ReplyDeleteni saper nyer karangan nie.,.,
ReplyDelete